Selasa, 26 Oktober 2010

FELDA TIDAK BANKRAP......

DALAM KES KEMAHANG PEGUAM FELDA GAGAL HADIR...kini giliran PENERBIT dan PENCETAK SUARA KEADILAN PULA ........

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini memperoleh penghakiman ingkar berikutan kegagalan penerbit dan pencetak akhbar Suara Keadilan - Pelita Koridor Sdn Bhd serta pencetakan NPK Sdn Bhd memasukkan kehadiran mereka dalam saman fitnah RM200 juta.

Saman itu adalah kerana penyiaran artikel fitnah bertajuk Felda bankrap.

Hakim Mahkamah Tinggì Kuala Lumpur, Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu dalam kamarnya.

Ketika membenarkan permohonan Felda itu yang diwakili peguam Firuz Hussein Ahmad Jamaluddin untuk mendapatkan penghakiman ingkar berkenaan, hakim Sabariah berkata kos perbicaraan akan ditaksirkan kemudian...sumbermalaysiakini.


INI pula cerita N Surendren yang kata Felda tak boleh saman Suara Keadilan.....

i
"Felda adalah badan berkanun yang ditubuhkan dengan menggunakan wang rakyat. Felda ditubuhkan untuk memberi bantuan dan faedah kepada rakyat. Undang-undang adalah jelas, Felda tidak boleh saman fitnah (kepada Suara Keadilan).

"Prinsip undang-undang adalah jelas, apa-apa badan yang yang ditubuhkan dengan wang rakyat dan untuk kebaikan rakyat, tidak boleh mengeluarkan saman fitnah setiap kali dikritik oleh rakyat," katanya peguam yang dilantik oleh akhbar berkenaan, N Surendran


 OH...Kalau mereka fitnah Felda tak apa ..
Kalau Felda nak saman tak ada law... apahal ni...Hakim dah buat keputusan....lihatlah sendiri....



Dato' Ahmad Maslan dah beri komen bila Felda dikatakan kalah dalam kes di Kuantan....


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan berhubung bayaran tanaman semula kepada peneroka "kerana ia menyebelahi Felda".
"Felda tidak kalah dalam kes ini. Kita tidak merayu kerana selama ini, mereka yang menguruskan kebun sendiri memang diberi wang tanaman semula itu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Felda," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dalam satu sidang akhbar.

Beliau yang juga ketua penerangan Umno menjawab kenyataan pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman yang dipetik oleh Harakah sebagai berkata "Felda Kalah lagi"



FELDA berada di landasan yang benar.....
Apa yang didakwa oleh Suara Keadilan telah dibuktikan silap oleh Felda.Semua angka dan perbelanjaan telah diperjelaskan oleh Dato' Ahmad Maslan dalam sidang dewan dan roadshow beliau...


Sehingga kini Felda masih berdiri kukuh sebagai institusi yang membangunkan rakyat luarbandar dengan jayanya....

TERNYATA Tuduhan FELDA BANKRAP hanya bermotifkan politik "Kejayaan Felda meningkatkan sosio ekonomi bumiputera telah menjadi satu kekuatan kepada BN dan perkembangan itu merupakan sebab kenapa ia menjadi sasaran akhbar lidah rasmi PKR, Suara Keadilan',demikian kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan