Rabu, 13 Oktober 2010

KEMISKINAN akan di PINGGIRKAN menjelang 2020.

BANYAK kes berlaku bantuan telah disalurkan oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah tetapi kemudiannya beberapa kementerian yang lain juga turut memberi bantuan yang sama kepada keluarga yang sama sedangkan masih ramai yang ketinggalan. Ianya tidak efisien kerana bantuan perlu diperluas dan dinikmati oleh semua.....

Pangkalan data basmi kemiskinan - Shafie

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Pangkalan data bagi memudahkan pelaksanaan program pembasmian kemiskinan dan kemiskinan tegar membabitkan 15,000 kampung di seluruh negara dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya menjelang 2012.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, buat masa ini pangkalan data kawasan luar bandar di tiga buah negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sudah siap dilaksanakan.
"Kita menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk mengemaskinikan dan melengkapkan pangkalan data bagi mengenal pasti jenis bidang ekonomi dan pelan pembangunan yang mahu dibangunkan di semua 15,000 kampung tersebut.
"Setiap kampung mempunyai keperluan serta kesesuaian bidang ekonomi yang berbeza dan kita percaya melalui pangkalan data ini, usaha kerajaan untuk membasmi miskin tegar dan golongan miskin dapat dilaksanakan secara holistik," katanya.

Biasanya rakyat menyalahkan polisi kerajaan yang tidak benar-benar berusaha menghapuskan kemiskinan dan merapatkan jurang antara kaya dan miskin walaupun telah berjanji berbuat demikian. Sebaliknya kerajaan dikatakan menaikkan gaji dalam sektor kerajaan, gagal mengawal harga khidmat dan barang-barang keperluan penting , gagal memberi subsidi perumahan kepada orang-orang miskin secara besar-besaran, membiarkan pengumpulan tanah dan harta oleh golongan yang sudah mempunyai rumah, dan tidak melaksanakan polisi pendapatan minima untuk kepentingan kumpulan pendapatan rendah. Pembahagian hasil sumber DIKATAKAN tidak adil. Orang-orang kaya BERTAMBAH KAYA..dan yang MISKIN terus melarat....


DI Harapkan PENGKALAN DATA yang dimaksudkan oleh Shafie Afdal benar-benar dapat merealisasikan impian PM dan rakyat bahawa kemiskinan bakal dihapuskan....seperti kata PM 'Beri tempoh 1o tahun lagi,kita akan melaksanakan semua program membasmi kemiskinan sebaik mungkin'......



2 ulasan:

  1. Mungkin blogger boleh bertindak selagu penyalur maklumat dengan mencatat & mengambil gambar kampung2 yg mundur dan paparkan didalam blog untuk tatapan dan tindakan kerajaan !!

    BalasPadam
  2. Itu cadangan yang baik...selama ni pun kita para blogger sedang membantu...

    BalasPadam