Ahad, 24 Oktober 2010

Wajib Lulus Sejarah dalam SPM.

Siapa kata keamanan yang dinikmati kini diperoleh secara percuma? Hanya mereka yang buta sejarah, hanya mereka yang tidak kenang budi, hanya mereka yang berusaha membawa balik pengganas Chin Peng sahaja kata begitu.
ucapan DS Najib... sempena Perhimpunan Raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Stadium Putra Bukit Jalil pada 10 okt 2010.

Katanya lagi....“Betapa besarnya kesengsaraan mereka. Keluarga dan anak menitis air mata apabila menerima kepulangan bapa mereka sebagai jenazah. Sedih dan pilu (juga melanda) apabila keluarga mereka balik dengan tangan dan kaki kudung serta mata buta.

Menurut beliau, keamanan negara dibayar dengan nyawa dan kecacatan anggota badan oleh pasukan keselamatan terutama semasa zaman darurat menentang ancaman pengganas komunis.
“Kira-kira 28 juta penduduk negara ini wajib berterima kasih kepada kira-kira 300,000 bekas tentera yang membayar harga keamanan ini, kerana atas pengorbanan merekalah menjadikan negara ini berkembang maju, hebat pada masa ini.

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013...sumber utusan.

Mungkin ada yang akan mengatakan "Mana lebih penting Bahasa Inggeris atau Sejarah?" Di Jepun, mereka tak pakai pun bahasa inggeris, mereka lebih guna bahasa Jepun dan hasilnya Jepun begitu maju.Lagi baiknya matapelajaran sejarah ni di ajarkan sejak dari sekolah rendah lagi,biar generasi pewaris ini tahu dan tidak akan buta sejarah.

1 ulasan:

  1. Bukan SPM saja bro...... kalau tahun-tahun 60an, tak lulus mata pelajaran Sejarah dlm peperiksaan LCE dapat pangkat 'B'..... buat macam dulu juga we....

    BalasPadam