Jumaat, 22 Oktober 2010

Siapa Pula Calon BN di Galas?

NIK AZIZ telah TEMUI CALONNYA...

Perkara pertama, saya akan tolak perokok. Mereka bukan sahaja membahayakan kesihatan sendiri tetapi membazirkan wang,” kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dipetik oleh akhbar New Sunday Times.

PAS telah mengumumkan calon DUN Galas....Nampaknya orang asli kempunanlah gamaknya.....

GUA MUSANG 21 Okt. – Pengamal perubatan yang juga Pemangku Yang Dipertua Pas Kawasan Gua Musang, Dr. Zulkefli Mohamad, 44, dipilih sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Pengumuman calon tersebut dibuat oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan pada ceramah perdana sempena 20 tahun pemerintahan Islam di Kelantan kira-kira pukul 11 malam ini, di Dataran Ilmu di sini. ..sumber Utusan.

Dr. Zulkifli  pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 di Dun Galas dan pilihan raya umum 2008 bagi Parlimen Gua Musang.

Meskipun begitu,dalam kenyataannya beliau menyedari bertanding di kubu kuat Tengku Razaleigh bukanlah mudah untuk mencapai kemenangan, namun dengan kegigihan dan kesungguhan, beliau sedia menghadapinya demi memikul tanggungjawab parti.

JELAS sekali PAS masih bimbang jika BN mengumumkan Tengku Razaliegh sebagai calon DUN Galas...seperti kenyataan Suhaiza Kaiat - Ketua Penerangan ,Dewan Pemuda Pas Pusat 'Ku Li diuji atau dibuli' seolah-olah UMNO selama ini tidak pernah menghargai Tengku tetapi berpura-pura menghargai beliau bila DUN Galas mengalami kekosongan.....

Saya menjangkakan bantuan Ku Li kepada UMNO di Galas kelak umpama menolong anjing tersepit sahaja. Jika UMNO dapat menawan Galas maka nama Najib lah yang akan disanjung. Sebaliknya jika UMNO kalah di Galas maka nama Ku  Li lah yang akan dipersalahkan.  Itulah hukum rimba yang ada dalam UMNO yang sudah busuk sampai ke usus...katanya

NAMPAKnya PAS terus memainkan sentimen begini kerana bimbang Tengku Razaliegh  menjadi calon kepada BN.....di DUN Galas..



1 ulasan:

  1. Sapa lagi kalau bukan bekas calon kalah melawan Ku Li tahun 2008, dikatakan pernah tertangkap khalwat macam Mat Sabu jga......

    BalasPadam