ICT JELAS MEMANG MAJALAH untuk Peneroka di terbitkan setiap suku tahun.Ianya adalah INFO yang khusus buat warga Felda.Pengisiannya juga termasuk ISU-ISU semasa yang wujud dikalangan warga FELDA....
DALAM keluaran Bil:4/2010 diterbitkan wawancara bersama abang kepada Mazlan Aliman ,Haji Abd. Rahim Aliman seorang peneroka Felda Redong,Segamat,Johor. Beliau telah menggambarkan bahawa perjuangan Mazlan adalah sesat dan menyeru adiknya kembali ke pangkal jalan. Beliau juga menyeru peneroka supaya menyerahkan pengurusan ladang peneroka kepada Felda.
Petikan dari Pahang Daily........Sikap pengurusan pejabat Felda mempergunakan apa saja alat bagi membendung kesedaran peneroka amatlah tidak wajar dan jelek sekali. Ini hanya mempertontonkan kepada umum bahawa agensi tersebut mulai goyah, dihambat keserabutan dan mulai hilang arah apabila peneroka bangkit menuntut hak dan keadilan mereka. Terbaru, melalui majalah terbitan Felda ICT JELAS Bil: 4/2010 yang dipaksa peneroka membayarnya, dimainkan pelbagai isu yang jelas mendoktrinkan fahaman UMNO untuk disumbat ke dalam otak peneroka. Majalah yang sepatutnya mendedahkan kejayaan peneroka atau mendedahkan perkembangan teknologi baru dunia pertanian, sebaliknya digunakan untuk menyerang pejuang isu-isu Felda.
Dalam artikel “Lahirmu Dalam Sejarah” di muka surat 18 pula dibangkitkan kembali sejarah Tragedi Sungai Lui yang mengisahkan orang Cina membunuh orang Melayu pada masa penaklukan Jepun. Apa tujuan dibangkitkan kembali cerita itu? Ia tidak lain dititip sebagai gerak saraf selaras dengan politik perkauman Umno untuk membelit otak peneroka. Berpolitik cara begini tidak matang dan undur ke belakang.
Melalui artikel “Peneroka Mendakwa Felda Ke Mahkamah” pada muka surat 22, pengarangnya cuba menakut-nakutkan peneroka dengan menuduh peguam pihak peneroka yang menyaman Felda hidup mewah dengan hasil bayaran guaman peneroka.
HAA....Kenapa jadi ketar lutut bila Felda menjawab balik isu-isu 'pembongkaran' Mazlan ni....
Biasalah Felda kena jawab balik bila ada tohmahan dan fitnah yang dibawa oleh Mazlan. Sedangkan Abang dia sendiri menjadi peneroka yang taat dan bersyukur ......DIA lebih mengenali siapa ADIKnya si Mazlan....
Majalah ICT Jelas memang diterbitkan sejak dulu lagi...Itulah tanda kemajuan Felda ,mempunyai majalah khusus buat peneroka mengetahui perkembangan institusi dan kegiatan mereka di seluruh negara.
Artikel sejarah adalah slot pengisian untuk peneroka mengenang kembali jerih-perit mereka semasa mula menjadi peserta Felda.Bukannya mereka boleh mewah dan senang seperti sekarang dalam sekelip mata.
Artikel Peneroka ke Mahkamah...memang benar peguam mengaut untung terhadap peneroka yang berjaya dihasut.Soal menang kalah belum tahu lagi ...contoh arahan mahkamah Kuantan supaya Felda membayar kepada10 orang peneroka tuntutan wang tanam semula,memang Felda kena bayar walaupun kes itu tidak dibawa ke mahkamah...yang pasti setiap mereka kena bayar upah peguam..
Begitu juga di Kemahang..khabarnya peneroka belum dapat duit hasil 'kemenangan kontroversi' itu.Kemana perginya Wan Soh......Kenapa timbul pula ketua baru Wan Ismail yang sedang mengambil tandatangan peneroka di sana supaya menyerahkan kuasa menerima wang kepadanya sebelum diagihkan.......!
Cas peguam dikatakan RM 3K setiap peneroka,sepatutnya RM 22K tinggal baki RM19K seorang......
KENAPA pencacai Mazlan Aliman mula kusut dengan laporan ICT Jelas yang menjelaskan kedudukan sebenar bukan memghasut peneroka seperti didakwa..
PENGHASUT SEBENAR ialah Mazlan Aliman yang cuba meruntuhkan sebuah institusi yang begitu berjaya dan mendapat pengiktirafan DUNIA.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan