Ahad, 11 Julai 2010

BN PERLU SAMBAR PENGUNDI BARU



TENGKU RAZALIEGH HAMZAH MEMINTA UMNO DAN KOMPONEN BN memperhebatkan gerakan mendaftar pemilih baru dikalangan generasi muda. Katanya kita jangan beri peluang kepada pembangkang berbuat demikian kerana 4.39 juta generasi baru ini boleh memberi kemenangan kepada BN di PRU13 SEKIRANYA berjaya didaftarkan.

Menurut SPR kira-kira 28% iaitu 4.39 juta penduduk berusia 21 tahun keatas dan layak menjadi pengundi belum memdaftar dan 65% ADALAH BUMIPUTERA. Timbalan Pengerusinya
Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata Selangor mendahului senarai seramai 787,000
diikuti Johor 605,000, Perak 526,000 dan Serawak 473,000 sementara bakinya negeri2 lain.
Sehingga akhir 2009 jumlah pengundi seluruh negara ialah 11.08 juta berbanding yang layak
seramai 15.47 juta.

Berita Harian melaporkan belia melayu menganggap remeh soal ini berbanding kaum lain. DAP diberitakan paling agresif mendaftarkan pemilih baru, diakui oleh SPR.

Tepuk Dada Tanya Selera.....Jika UMNO dan Komponen BN tidak sedar atau masih lena
tentang perkara ini entahlah.. UMNO terutamanya , kalau difikirkan angka bumiputera yang masih belum mendaftar itu perlulah buat sesuatu SEGERA jangan sampai NASI JADI BUBUR atau MAGGI SUDAH SEMAKIN KEMBANG.
Rasanya semua Bahagian UMNO mempunyai biro yang mengendalikan pengundi baru. Mungkin dah ada bahagian yang aktif mengusahakannya tapi berdasarkan angka yang ditunjukkan perlu ada usaha yang lebih menyeluruh.

Tak berbaloi usaha PM MEREALISASIKAN SLOGAN 1 MALAYSIA yang sudah mula
diterima umum andainya UMNO dan Komponennya gagal meraih kepercayaan pengundi termasuk MENYAMBAR pengundi baru.........

INGATLAH PRU 13 SEDANG MENGHAMPIRI ................... TSUNAMI PRU 12 perlu
disekat oleh UMNO dan Komponennya.........


JIKA TIDAK.........!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan