Khamis, 29 Julai 2010

SYABAS NAK SAMAN KERAJAAN SELANGOR RM I BILION

ISU AIR SELANGOR DALAM KRISIS SEBELUM KRISIS AIR SEBENAR BERLAKU........
KEENGGANAN KHALID BEKERJASAMA DENGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI MEREALISASIKAN PROJEK AIR LANGAT 2 MENGUNDANG REAKSI TERKINI....iaitu


Enam belas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengemukakan memorandum kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon persetujuan kerajaan negeri bagi projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

Memorandum disampaikan bersama oleh antara lain, Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Selangor Water Watch dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), kepada anggota exco negeri bagi Alam Sekitar, Pelancongan dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, di pejabat Menteri Besar di Shah Alam.

Jurucakap NGO itu, Datuk N Marimuthu, yang juga presiden Fomca berkata, memorandum itu antara lain menggesa kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan persekutan dalam projek air itu oleh kerana penangguhannya akan mengakibatkan penduduk di Lembah Klang mengalami krisis air yang serius pada masa depan.

SEMENTARA ITU SYABAS MUNGKIN MENGAMBIL TINDAKAN MAHKAMAH TERHADAP KERAJAAN SELANGOR.....

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Selangor untuk menuntut pampasan kerana menangguhkan pelarasan tarif air.

Ketua Pegawai Operasinya Datuk Lee Miang Koi berkata sehingga hujung tahun ini, pampasan yang perlu dibayar kepada Syabas dijangka mencecah RM1 bilion.

SEMALAM KERAJAAN PERSEKUTUAN MEMINTA KERAJAAN SELANGOR BERSETUJU
DENGAN PROJEK AIR LANGAT 2.....


Projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) akan menemui jalan buntu sekiranya kerajaan negeri Selangor masih enggan memberi persetujuan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

RAKYAT SELANGOR BAKAL MENGHADAPI KRISIS AIR MENJELANG 2014 JIKA PROJEK ITU TIDAK DILAKSANAKAN....

SYABAS MENJELASKAN.....

Jumlah bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak cukup untuk menampung keperluan dan permintaan yang semakin meningkat, kata Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (Syabas), Datuk Ruslan Hassan yang menyifatkan keadaan itu sebagai sangat membimbangkan.

NAMUN MB KHALID MASIH TETAP DENGAN G....GAYANYA .. MEMPERTAHANKAN...
DASAR G.....GAGALNYA....Langsung tak mahu terima pandangan Tan Seri Muhyiddin dan Datuk Peter Chin Fa Kui yang mengatakan jika berlaku krisis bekalan kerajaan Selangor harus dipersalahkan....

Khalid tetap mempertahankan bahawa bekalan air sedia ada boleh sampai 2019....juga tak mahu tunduk dengan perancangan persekutuan kerana kos terlalu tinggi sedangkan Selangor katanya masih
punya sumber air yang banyak seperti tasik, sungai dan air bawah tanah....

AH....Begitulah MB Khalid tetap rasa caranya betul....
Diserabutkan dengan isu pasir dan air yang sangat menampakkan kelemahannya tapi masih tak
mengaku...mungkin nak terus berkhidmat untuk kroni dan DAP......

AIR kalau habis pun 2014... lambat lagi ...PRU 13 dulu. Pasal tu kena pertahan sementara masih ADA KUASA sebagai MB....

KITA TUNGGU DAN LIHAT BERSAMA.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan