Khamis, 29 Julai 2010

SAYANG MB @ SAYANG SELANGOR

ANGIN BERTIUP SEMAKIN KENCANG...ribut kian melanda..NAMPAKNYA MB KHALID
bukan sahaja diserang oleh UMNO dengan pelbagai ISU....Rupa-rupanya GELODAK dalaman PKR terus memukulnya.......

maklumat daripada sumber dalaman memberi gambaran bahawa usaha untuk menggulingkan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada kerusi menteri besar Selangor masih berterusan.

Rungutan ke atas Khalid kian kedengaran. Namun keadaan ini, yang dirintis oleh perasaan tidak puas hati oleh seorang ahli parlimen yang diketahui tidak sehaluan denganya, dilihat semakin bertambah buruk.

Dalam latar ini, satu lagi drama berlangsung dalam pertemuan itu apabila seorang wakil rakyat yang juga penyokong kuat Khalid melancarkan kritikan secara terbuka ke atas menteri besar itu.

"Saya sayang MB, tapi saya lebih sayang Selangor," kata wakil rakyat itu, seperti didakwa, dalam ucapannya yang mengkritik pentadbiran Selangor.

SEMALAM PRESIDEN PKR MENGUMUMKAN.....

Naib Presiden PKR Azmin Ali dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuatkuasa serta merta.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam hari ini.

BENARLAH DESAS-DESUS AZMIN TIDAK SEBULU DENGAN KHALID SEBAGAIMANA DINAFIKANNYA SEBELUM INI...

"Sayalah orangnya yang mencadangkan supaya menteri besar menjadi pengarah pilihan raya. Ia juga keputusan sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat dan kerajaan negeri,"

NAMUN BEGITU DATUK SERI KHIR TOYO berkata Khalid tetap berkuasa walaupun tak jadi
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri kerana beliau masih MB....Dalam Sidang DUN Beliau
mendapat sokongan padu terutamanya dari DAP, kerana selama ini beliau ikut telunjuk YB-YB
DAP tu....

SHAH ALAM 27 Julai - Kerajaan negeri menyambut baik cadangan DAP yang meminta supaya dimansuhkan pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, cadangan oleh Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP, Tony Pua itu rasional kerana ia hanya melibatkan hartanah yang mempunyai nilai tinggi.


HAI MB KHALID......Sedarlah bahawa kamu sudah tak digemari oleh rakan dan musuh, bukan kerana apa...kerana kelemahan kamu mentadbir Selangor....
Selangor dah berlubang umpama planet Marikh....sikit masa lagi mungkin
kering kontang tak berair......

RAKYAT JUGA YANG AKAN MENANGGUNG........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan