Khamis, 29 Julai 2010

FELDA KUASA EKONOMI NEGARA


KEDUDUKAN FELDA KUKUH MEMBERI GAMBARAN SEBENAR FELDA TIDAK BANKRAP MALAH BAKAL MENJADI GERGASI EKONOMI MELAYU DAN NEGARA....

Kedudukan Tunai Felda Tidak Gambarkan Nilai Asetnya, Kata Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Kedudukan tunai Felda yang berkurangan dari RM4.08 bilion pada 31 Disember, 2004, kepada RM1.35 bilion pada 31 Disember, tahun lepas, tidak menggambarkan kedudukan sebenar nilai keseluruhan aset lembaga kemajuan tanah itu, Dewan Negara diberitahu Rabu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata pengurangan kedudukan tunai tersebut adalah disebabkan perbelanjaan dan peruntukan yang dikeluarkan bagi membangunkan masyarakat Felda sepanjang tempoh tersebut.

DALAM SESSI PENJELASANNYA DI DEWAN NEGARA AHMAD MASLAN BERKATA...

....SAHAM yang dimiliki FELDA bernilai 4 Billion
....Aset Tetap = 15.37 Billion

DISAMPING ITU BELIAU MENJELASKAN PERBELANJAAN TERBESAR FELDA SEPERTI
BERIKUT..........................................

...Program Tanam Semula = SARAHIDUP RM1000-RM1300/bulan untuk 17,705 peneroka.
......Pembiayaan Pendahuluan Hasil = RM 1400- RM 1500/Bulan untuk 38,058 peneroka.
......dan kos tanam semula RM 2.42 billion.

PERBELANJAAN LAIN = RM2.41 billion untuk Sosio-ekonomi, latihan kemahiran, bonus, insentif hasil,sumbangan raya, insuran dan kebajikan.

....RM 603 juta untuk pinjaman perumahan untuk 19,564 keluarga peneroka.
...RM 269 juta biayai program basmi kemiskinan rakyat sabah hasil dari ladang Felda Di Sabah.
...RM220 juta untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Felda-felda negeri Pahang.
dan .... RM134 juta untuk projek Perumahan Warga Felda(PWF).

ITU lah senario kewangan FELDA yang didakwa merosot 3 billion dalam tempoh 5 tahun.Sebenarnya Felda sedang membuat duit dari duit yang ada ..pulangannya bukan dalam masa terdekat...Hasil pelaburan dan keuntungan bakal diterima oleh peneroka dan warga Felda DALAM BENTUK KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN DISAMPING DIVIDEN jika mereka melabur dalam KPF(KOPERASI PERMODALAN FELDA).

......Sesungguhnya FELDA merupakan Agensi yang amat tersusun sejak ia diilhamkan oleh Allahyarham TUN ABDUL RAZAK..... AL-FATIHAH buat Tun.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan