Jumaat, 23 Julai 2010

KATAK OH KATAK......


BARIS TERAKHIR LAGU BANGAU OH BANGAU.........Ular oh ular kenapa kau makan katak
macamana aku tak makan , memang makanan aku.....


Sebagaimana yang kita tahu katak tu makanan ular....tapi dalam kemajuan restoren kini ianya
makanan halal bagi orang kafir tapi ianya dilarang kepada orang Islam.....
Kini kurang prihatinnya orang kita Kopitiam yang dimiliki oleh bukan Islam ramai yang mengunjungi lalu bila memesan makanan kita diberi makanan serupa untuk orang kafir...

KLANG - Seorang pelajar kolej swasta semalam menfailkan saman terhadap Artisan Natural (M) Sdn. Bhd. dan Kopitiam Asia Pacific Sdn. Bhd. yang didakwa cuai sehingga menyebabkan hidangan mi goreng yang dimakannya mengandungi sepasang kaki katak.

Lain pula ceritanya di Pantai Timur......


KUANTAN - “Saya rasa tidak masuk akal dakwaan mengenai ada bangkai katak dalam kuah sate yang dibeli dari pihak kami,” kata pengurus operasi Warunghijau Enterprise, Muhammada Dahlan Abdul Rahman yang menyangkal dakwaan ada anak katak dalam kuah sate yang dijualnya.

Muhammad Dahlan mempertikai perkara yang berlaku kepada keluarga Zakaria Nor Mohd, 51, bahawa anak katak dalam kuah sate berlaku dalam kawalan pihak mereka.

Menurutnya, beliau mendapat maklumat bahawa pengadu telah membeli sate tersebut pada sebelah petang dan pulang ke rumah kira-kira jam 10 malam dan dalam jangka waktu untuk pulang ke rumah mereka pelbagai perkara boleh berlaku.

“Kami sentiasa prihatin aspek kebersihan produk daripada dapur sehinggalah ke lori pengangkutan kami,” katanya.

Sinar Harian 15 Julai lalu menyiarkan mengenai seorang kanak-kanak, Nurul Elyana Maisara, 6, nyaris termakan anak katak dalam kuah sate yang dibeli oleh bapanya.

Ironinya kini banyak restoren yang dimiliki bukan Islam menawarkan makanan yang kononnya
halal. Barisan pekerja umumnya berbangsa melayu, kelihatan bersih dan aksesori begitu
menarik tetapi tiada jaminan hidangannya bila berkongsi menu dengan semua bangsa.

Sepatutnya orang Islam lebih sensitif memilih restoren atau tempat makan memandangkan
komposisi kaum yang berbilang adat dan agama di negara kita.

Dalam menyediakan menu dan pesanan yang banyak terkadang tukang masak didapur
yang tidak diketahui identitinya akan terus menyiapkan pesanan tanpa mengetahui ianya
dipesan oleh SIAPA?

KITA BERADA DI NEGARA ISLAM DAN BEGITU BANYAK RESTOREN ORANG ISLAM..
TEPUK DADA TANYA SELERA..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan