Rabu, 14 Julai 2010

PAS HALALKAN ARAK?



Machang –- Kesediaan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) untuk menambah bilangan lesen menjual minuman keras di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Datuk Sazmi Miah berkata perkembangan terbaru itu membuktikan kerajaan negeri telah terkepung dengan segala dasar mereka sebelum ini

MB Kelantan pernah berkata bila ditanya mengapa kerajaan PAS Kelantan meneruskan dasar
sama seperti kerajaan BN tentang penjualan arak.........

Katanya......
Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila diminum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?”.


PERSOALAN yang ditimbulkan di Dewan Rakyat ......Kalau hasil arak boleh diambil oleh
Kelantan untuk pembangunan mengapa hasil cukai judi tidak boleh diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk tujuan sama...... ada MP yang menyindir ' ARAK LAIN..JUDI LAIN...'

YB ZULKIFLI NORDIN DALAM BLOGNYA MENULIS.......

Akhir-akhir ini, kelihatan saperti ada suatu kekeliruan dikalangan umat Islam mengenai hukum arak, terutama dari segi hasilnya. Samada kekeliruan ini adalah kerana kejahilan (yang boleh diperbetulkan dengan ilmu), atau kerana kepentingan tertentu tidaklah saya ketahui.

Apa yang saya ingat, dahulu kita bergegar menyatakan kalau hari ini kita memerintah, esok kilang arak kita akan tutup. Sehingga jualan arak dikedai runcit dan serbanika pun kita nak halang. Malahan saya masih ingat semasa mengendalikan kes Al Maunah (yang majoritinya adalah anggota Unit Amal), antara sasaran mereka ialah menembak dan cuba memusnahkan sebuah kilang arak. Malahan kita pernah menuntut supaya syarikat penerbangan MAS menghentikan penjualan arak didalam penerbangan termasuk kepada penumpang bukan Islam

KOMEN.....YB Itulah janji masa belum dapat kuasa. Bila dah berada di tampuk lupa dah ....
MAKA YANG HARAM BOLEH JADI HALAL.......!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan