Khamis, 22 Julai 2010

ULAMA BERSUARA MEMBERI NASIHAT.


SUARA KEDAMAIAN TERUS DIPALU oleh banyak pihak yang ingin melihat AGAMA ,BANGSA DAN NEGARA terus gemilang supaya generasi masadepan dapat menikmatinya.......

SHAH ALAM - Ulama dan ilmuan Islam bertanggungjawab membantu mencari penyelesaian dan mendamaikan pertelingkahan di antara dua golongan bersaudara untuk mengelak berlakunya perpecahan.:

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Datuk Noh Gadut berkata, perkara ini tidak boleh dianggap remeh kerana telah termaktub dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang menekankan perpaduan dalam kalangan penganutnya.

“Ayat al-Quran bermaksud, jika ada dua puak dari orang-orang beriman bertelingkah, maka damaikanlah keduanya dan jika salah satu berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga kembali mematuhi perintah Allah,” katanya, semalam.

Terbaru peringatan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan kebimbangan terhadap UMNO dan Pas yang masih gagal meletakkan agama di tempat sepatutnya sebaliknya lebih mengutamakan ego dan kepentingan politik masing-masing. Ia dikuatiri boleh memberi kesan buruk dan mungkin hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Cuba bayangkan sekiranya perkara ini benar-benar berlaku. Cuba renungkan apabila tampuk pemerintahan Malaysia bukan lagi di tangan orang Melayu dan Islam. Ketika itu apabila ‘nasi sudah menjadi bubur’ menyesal dan menangis air mata darah pun tidak berguna lagi!

SAUDARA FATHUL BARI BERKATA........

"Maka, apabila saudara kita datang untuk berdamai, sewajarnya kita berusaha untuk memurnikan keadaan "bukan terus mencipta fitnah dan tuduhan." Sambil memetik firman Allah yang memerintahkan manusia supaya saling tolong-menolong dalam perkara kebaikan, Fathul berhujah sejarah Islam membuktikan sekiranya umat Islam benar-benar menghayati ajaran Islam, penindasan tidak akan berlaku. "Perpaduan adalah jambatan penyelesaian bagi segala permasalahan bahkan menjanjikan kejayaan yang berpanjangan," katanya lagi.

Hujah sesetengah pihak supaya Ulama yang menyibuk memberi teguran supaya menyertai
politik adalah kurang tepat. Sesungguhnya mereka berhasrat melihat perpaduan dan perdamaian serta menjalankan tugas yang diamanahkan......

DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA TERCINTA.......... INSAFLAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan