Sabtu, 24 Julai 2010

ISU PASIR - BUKAN KERANA KRONI


USAHA KEPIMPINAN UMNO membela rakyat Selangor dalam isu pasir dan air yang melanda negeri itu dituduh "MEMBELA KRONI'

Pemimpin Umno cuba menggugat kerajaan Selangor dengan menimbulkan isu kecurian pasir dan bekalan air di negeri itu kerana kepentingan kroni mereka kini terjejas, kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua dalam berita Malaysiakini.
Nampaknya DAP melalui Tony Pua cuba mengalih pandangan rakyat, tapi bumi pasir Selangor telah menjadi LUBANG IBARAT SASARAN PELURU BERPANDU.... ADAKAH RAKYAT MAHU TERUS DIPERBODOHKAN..

Bila KSSB telah membolot kontrak pasir Selangor , adakah KSSB BUKAN KRONI...? Pengusaha pasir melayu Selangor hanya memperjuangkan hak mereka kerana permohonan permit mereka tidak dilayan sedangkan mereka layak dan telah menjadi pengusaha sejak sekian lama.... Mereka bukan kroni UMNO kerana ada kalangan mereka juga penyokong PR DAN MEREKA BERJUANG demi hak mereka, bukan kerana mana-mana parti politik.
KALAU nak cerita amalan KRONI .....ANWARlah pelopornya .......


Siapa tak kenal Anwar? Ramai yang mengetahui amalan kronisme dan juga nepotisme didalam gaya pemerintahannya sewaktu berada di dalam kerajaan dahulu. Daripada bapanya, hinggalah hampir keseluruhan adik beradiknya mempunyai milikan saham terbesar di pelbagai syarikat di dalam negara. Kawan-kawan Anwar juga kaya raya dan hidup mewah hanya kerana mengampu Anwar. Rahim Ghouse sebagai contoh, dia menjadi kaya hanya kerana bersahabat baik dengan Anwar Ibrahim ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan. Kini dikhabarkan bahawa Rahim Ghouse hidup mewah di Filiphina dengan hanya menjadi orang tengah Anwar di sana. Ini baru Rahim Ghouse seorang, bagaimana pula dengan sahabat-sahabat Anwar yang lain? Ini merupakan bukti bahawa Anwarlah yang menjadikan kronisme dan juga nepotisme sebagai amalan politiknya sehingga kini. Tapi dia sering pula menuduh UMNO yang mengamalkan kronisme didalam pentadbiran. Jadi, tak heranlah jika Anwar mahukan Nurul Izzah menjadi pewarisnya mengambil alih PKR. Selama ini parti itu hanya terdiri dari kawan-kawan Anwar, anak beranak Anwar, kaki ampu Anwar dan pencacai Anwar sahaja.
rujukan...AIDC(Club anti Anwar)
... Malaysiakini

1 ulasan:

  1. Penasihat Ekonomi Selangor pakar korek, apalagi samapai ke pasir pun kena korek..... itulah pemikiran Anwar....

    BalasPadam