
Sekolah Agama di Perak dapat tanah tanam kelapa sawit
IPOH - Kerajaan Perak hari ini mengumumkan pemberian tanah seluas 2,000 hektar kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat untuk dijadikan ladang kelapa sawit dalam usaha meningkatkan kecekapan pengurusan dan menaik taraf institusi pendidikan berkenaan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pendapatan daripada pemberian tanah itu akan dimasukkan dalam satu tabung khas Sekolah Agama Rakyat yang akan diuruskan sama ada oleh kerajaan negeri atau Yayasan Perak.
"Pemberian (tanah) ini adalah tambahan kepada peruntukan yang diberikan oleh kerajaan negeri sebelum ini untuk menyelaraskan dan menguruskan Sekolah Agama Rakyat," katanya kepada pemberita, selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini, hari ini.
Zambry berkata, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak telah bersetuju untuk menguruskan dan membangunkan tanah ladang itu.
KOMEN.....Bagus sangat pendekatan Kerajaan Perak tu, disamping belajar nanti murid-murid
pun boleh berkebun. Harap-harap tanah kebun pun tak jauh dari sekolah.
Kerajaan negeri lain pun boleh ambil pendekatan yang sama kerana sekolah akan ada duit
sendiri....ini kerana selalu kita dengar guru-guru sekolah agama rakyat ni pun dapat elaun yang
sedikit al-maklum bergantung dari yuran murid dan sumbangan Jab Agama negeri...
Tak semestinya beri tanah untuk ladang sawit, ikutlah kesesuaian negeri masing-masing
misalnya Selangor boleh beri LOMBONG PASIR, Pahang boleh beri KEBUN SAYUR, Kelantan
beri KAWASAN BALAK, P.Pinang bolehlah bagi tanah Kampung yang dirampas tu dan negeri
lain-lain tu ikutlah yang sesuai, yang penting dapat memajukan Sekolah Agama yang rata-rata
daif keadaannya.......
AISEYMAN AKU SALUTE KT DS ZAMBRY!..MMG GEREKK..MINDA ADE KLASS!..TP KESIAN LAK AKU KT SI NIZAR KULUP. TAK HABIS2 BIKIN ROAD SHOW GUNA USTAD NGEH!. DIA DH MATI AKAL LE TUUU KEHKEHKEH >|D
BalasPadam