Selasa, 27 Julai 2010

FELDA KEMUKA BUKTI 'TIDAK BANKRAP'.

TIADA ASAS MENUDUH FELDA BANKRAP.......

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah membayar cukai berjumlah RM1,303.18 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk tempoh empat tahun bermula 2004, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata pengumuman data yang pertama kali dibuat itu bertujuan menepis isu Felda bankrap yang masih dimainkan pembangkang.

"Data ini adalah kali pertama diumumkan. Tujuan diumumkan adalah untuk membuktikan dakwaan bahawa Felda bankrap adalah tidak benar.

"Ini (cukai) adalah usaha Felda untuk membantu kerajaan dan rakyat. Cukai ini boleh digunakan kerajaan untuk membantu rakyat secara keseluruhan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pengurus Felda dan Pelancaran Manual Pengurusan Rancangan (MPR) Felda di Dewan Perdana Felda, di Kuala Lumpur, hari ini.

Asuki Abas menulis (utusan online)....

BANKRAP, muflis; dua perkataan taboo yang sama maknanya dan digeruni oleh sesiapa sahaja di negara ini. Diiringi pula oleh mitos bahawa semua harta akan dirampas, hilang hak untuk bekerja di syarikat korporat atau kerajaan, terpaksa membanting tulang seumur hidup untuk membayar hutang - sesiapa sahaja pasti sekurang-kurangnya hampir pitam sekiranya menerima notis kebankrapan daripada pihak bank atau pemiutang.

........FELDA mempunyai sumber 500 ribu ekar Ladang Felda Plantation, pelaburan saham
mewah dan sumber-sumber dalaman dijangka berpendapatan 1.330 billion tahun ini.

....... Namun begitu FELDA juga membiayai perbelanjaan mengurus sendiri tanpa bantuan kerajaan dijangka 300 juta untuk 2010.

....... Lebihan dari itu FELDA gunakan untuk membiayai perumahan warga peneroka, Infrastuktur, Pendidikan dan kebajikan .

....... Pendidikan anak-anak FELDA sangat dibanggakan apabila PELAJAR FELDA berada
di Universiti Swasta terkenal... Lim Kok Wing, begitu juga penghantaran pelajar sebagai
teknisen kapalterbang ,STF(Skim Tuisyen Felda) dan Asrama Semai Bakti, semuanya dbiayai
oleh FELDA.

.......Peneroka mendapat kebajikan setiap tahun melalui insentif hasil, duit raya dan skim insuran
percuma.

........Banyak lagi keistimewaan yang dimiliki oleh FELDA dan Penerokanya...
HANYA MEREKA YANG TAHU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan