Khamis, 12 Ogos 2010

APA DAH JADI DENGAN HARGA AYAM..?


......NAMPAKNYA TAK BOLEH MAKAN AYAM WEH, RAYA NI.. NAK MAKAN AYAM KAMPUNG NAMPAKNYA TAK MENJADI..KENA BAHAN DEK MUSANG JE...

KUALA LUMPUR - Kenaikan harga ayam pada minggu pertama bulan Ramadan berlaku lagi dengan para pembeli di beberapa negeri terpaksa membayar sehingga RM7.50 atau 70 sen melebihi harga biasa bagi setiap kilogram sejak kelmarin.

Senario itu dikatakan gambaran awal bahawa harga ayam boleh mencecah RM10 sekilogram menjelang Syawal selepas harganya kini ditentukan oleh pasaran dan bukan lagi sebagai barangan kawalan sejak 15 Julai lalu.

Harga ayam dilaporkan seperti berikut diseluruh negara...

Kuala Terengganu = RM 6.90

Pulau Pinang = RM 7.20

Alor Setar = RM 7.00

Kota Bharu = RM 7.00

Seremban = RM 7.50

Melaka = RM 7.20

Kuantan = RM 7.50

Johor Bahru = RM 7.00 SETIAP KG................................

Kecuali di Kuching harga masih sama RM8.00 / KG....

Amacam raya ni kita tak payah makan ayam....habis tu kita nak makan apa ye?

Kita sambung je puasa 6 pastu makanlah ala kadar..Dulu zaman Jepun Tok Nenek kita boleh je makan ubi-kayu..La nie nak cari ubi kayu kat mana?

Entahlah hidup semakin sukar biarpun negara semakin maju.......

4 ulasan:

  1. salam subuh..
    adussss.. harga mahalnya
    kalau tak mkn ayam maknanya
    tahun ni raya tak ada le rendang ayam..

    takpe.. ayam kampung belakang umah ada
    tunggu sembelih je..

    BalasPadam
  2. Nur...Dulu masa kecik-kecik nak makan ayam kena kejar ramai-ramai,sampai ayam tu letih baru dapat tangkap..sekarang ni tak payah mudah je tangkap.Mungkin ayam dulu kuat-kuat macam orang dulu juga.

    BalasPadam
  3. hoh..org yg tak bela ayam kene jd vegetarian j la raya ni..hehe..

    BalasPadam
  4. Abang Manggis bolehlah makan sayur-sayuran je..Deme yang pemaging ni yang payah sikit..

    BalasPadam