Sabtu, 28 Ogos 2010

BANTAHAN ORANG ASLI DITOLAK.


PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN OLEH 27 ORANG ASLI DITOLAK..Projek Empangan Klau Raub, Pahang diteruskan........


PUTRAJAYA, 28 Ogos - Seramai 27 orang Asli semalam gagal dalam permohonan bagi semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan ketua pengarah Jabatan Alam Sekitar laporan kajian penilaian kesan alam sekitar (EIA) bagi projek pembinaan Empangan Kelau, Raub, Pahang.



..Permohonan semakan kehakiman ini difailkan pada 9 Okt 2007 oleh tiga orang Asli suku kaum Senoi dan 24 orang Asli suku kaum Temuan. Pemohon diwakili oleh Pendor bin Anger dan 26 yang lain menamakan ketua pengarah Jabatan Alam Sekitar, kerajaan negeri Pahang dan kerajaan Malaysia sebagai responden. Mereka memohon satu perintah deklarasi bahawa kerajaan Pahang dan kerajaan Malaysia dalam memutuskan untuk membatalkan Warta No 10 bertarikh 29 Nov 1976, iaitu tanah yang mereka diami, telah mengingkari kewajipan fidusiari terhadap mereka. Mereka mendakwa tanah itu adalah tanah turun-temurun dan telah mewarisinya sejak zaman nenek moyang mereka lagi dan mereka juga mencari rezeki di kawasan itu untuk menyara keluarga. Mereka juga memohon perintah deklarasi bahawa kerajaan Malaysia yang meluluskan pembinaan projek empangan itu telah mengingkari kewajipan fidusiari untuk melindungi, memajukan dan memelihara orang asli di negara ini.


Pahang Daily Mengulas..... Sebenarnya projek bernilai RM8 bilion ini jelas telah melanggar prinsip asas kemanusiaan. Malah Kerajaan Negeri Selangor sendiri mengatakan yang masalah air tidak seteruk yang digambarkan .


KOMEN UG63.. Sebenarnya siapa yang mendalangi bantahan yang dibuat oleh orang asli tersebut,sedangkan majoriti mereka telah bersetuju dengan projek tersebut dengan pampasan dan imbuhan yang telah dimeterai......Keputusan kehakiman adalah demi kebaikan mereka juga...

Orang Asli Setuju Pindah Untuk Pembinaan Empangan Klau

6 Ogos 2009
RAUB, 6 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 115 keluarga Orang Asli dari perkampungan Sungai Temir di sini pada Khamis menandatangani perjanjian bersetuju pindah ke satu Rancangan Penempatan Semula di Sungai Bilut bagi memberi laluan kepada pembinaan projek Empangan Klau yang menyalurkan air mentah ke Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui, yang menyaksikan upacara menandatangani perjanjian itu di sini, berkata tanah rizab Orang Asli seluas 105 hektar akan ditenggelami air bagi projek empangan itu.

Mengikut perjanjian itu setiap keluarga yang terlibat akan mendapat sebuah rumah dengan keluasan 700 kaki persegi yang mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air yang bernilai RM25,000 seunit di satu kawasan yang mempunyai kemudahan jalan, jambatan, bekalan air dan elektrik, telekomunikasi, tadika, surau, dewan orang ramai, bilik rawatan dan kedai.

"Bagi memastikan masyarakat itu menjana pendapatan selepas berpindah, kerajaan telah memperuntukkan lot ekonomi yang merangkumi tanah seluas dua hektar bagi tanaman kelapa sawit dan 0.4 hektar tanah dusun," kata Chin.

Sepanjang tempoh 48 bulan setelah pemindahan, setiap keluarga akan menerima elaun sara hidup sebanyak RM680 sebulan.


Dalam keadaan kehidupan orang asli yang daif...pampasan yang diberikan telah membawa mereka keluar dari tahap KEMISKINAN......



4 ulasan:

  1. Ada yang cuba nak jadi jaguh dengan memanupulasi masyarakat yang kurang berpengetahuan.

    Aku Yang Bingai
    Indon oh Indon di Tendang Terajang (18SX)

    BalasPadam
  2. Salam ziarah..

    Ada juga yang cuba mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain..dasr dajjal mereka ni..

    BalasPadam
  3. Orang asli siap dapat rumah free lagi kerajaan bagi.

    BalasPadam
  4. Susah betul nak komen kat page ni.. huhu.. kena sign in, kena masuk open ID, kena masuk captcha..

    BalasPadam