Isnin, 23 Ogos 2010

GENERASI FELDA BUKTIKAN KEJAYAAN.

Transformasi ekonomi luar bandar menerusi Felda - Generasi peneroka menyahut cabaran....... BERJAYA DIBIDANG PENDIDIKAN.

Semasa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) diwujudkan hasil idea bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein, ramai yang ragu sejauh mana rancangan tanah Felda ini mampu merubah kehidupan peneroka dan generasi pewarisnya. Hari ini masyarakat peneroka Felda di 317 rancangan tanah berjumlah kira-kira 4.8 juta orang dan mewakili 15.6 peratus daripada keseluruhan penduduk negara ini. Mereka bukan saja sudah membaiki kedudukan sosioekonomi, malah turut merubah landskap geografi negara. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim River, Perak, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib ialah seorang daripada mereka yang berbangga dengan warisan Felda ini. Beliau ialah anak peneroka Felda Sungai Behrang di Slim River dan memang berbangga dengan apa yang disumbangkan Felda selama ini terutama mengeluarkan masyarakat luar bandar daripada kepompong kemiskinan. “Kebanyakan peneroka Felda datangnya dari perkampungan terpencil di luar bandar yang sebelum ini hidup serba miskin dan melarat. Tidak pernah mereka bayangkan suatu hari nanti pendapatan mereka boleh menjangkau sehingga RM4,000 sebulan, jauh lebih baik berbanding pendapatan anak mereka yang keluar dari pusat pengajian tinggi,” katanya baru-baru ini. Bapa Mohd Khusairi menyertai Felda Sungai Behrang pada 1968 dan pada masa itu taraf hidup tidak banyak berubah namun ada kerja dan matlamat yang perlu dicapai. Selepas tujuh tahun apabila getah mengeluarkan hasil, kehidupan warga peneroka yang hanya bergantung kepada barang makanan yang didapatkan dari kedai syarikat, mula meningkat. “Sebelum menjadi peneroka, mereka tinggal di kampung tradisi yang ada sebahagian mereka hanya menumpang di rumah saudara-mara dan ada juga yang tiada rumah sendiri. Apabila menyertai Felda mereka diberikan tanah suku ekar dan sebuah rumah satu bilik dengan tandas di luar rumah. ITULAH Gambaran KEHIDUPAN AWAL dan akhirnya memupuk kejayaan seorang anak peneroka Felda..ramai lagi yang telah berjaya seperti Mohd Khusairi.Sehingga kini Felda telah melahirkan sejumlah hampir 90 ribu graduan diseluruh negara.Ini adalah hasil pendekatan Felda menaikkan taraf pendidikan anak-anak peneroka dengan memberikan skim tuisyen percuma(STF) dan bantuan kewangan bagi yang melanjutkan pelajaran peringkat diploma(RM500) dan Ijazah(RM1000)ianya tidak termasuk biasiswa bagi yang layak... DULU....Malu nak mengaku sebagai anak peneroka, tapi sekarang amat berbangga.. Tanah rancangan yang dulunya kontang..tempat bermain anak-anak dengan hanya berseluar pendek dan berlenggeng,comot dengan debu..kini generasi ini telah sebaris dengan mereka yang bergelar bangsawan.....

SYUKUR KEPADA TUHAN...

11 ulasan:

  1. salam brother...
    Apa yang nk dimalukan mengaku sebagai anak FELDA
    aku juga anak FELDA.. bangga kerana lepas abah
    pencen Navy terus beli tanah felda buat anak2

    FELDA makin maju dan terkaya didunia brother
    kita bersyukur dgn itu

    BalasPadam
  2. oppss.. sorry bkn terkaya tapi ladang terbesar di dunia.. hisshhh.. xcited le plak. huhuhu

    BalasPadam
  3. Nur betul tu...Kita kena bina semangat anak-anak Felda supaya bergerak seiring dengan kemajuan..

    BalasPadam
  4. Salam ziarah..

    Walaupun nama felda wak unik sikit (felda ulu belitong)..tapi wak bangga jadi anak peneroka..Harap2 lepas ni lebih ramai lagi anak felda yg bawa nama felda tempat mereka tinggal ke merata dunia..klu x dpt pergi jauh..KL pun jd..hehehe

    BalasPadam
  5. salam singgah..pertama kali smpai di sini.. :)

    BalasPadam
  6. Wak J..Ulu Belitong power apa dapat 1 juta lagi..aku dah sampai dah...

    Anis ..Selamat datang ..singgahlah selalu kalau sdi ikut blog aku ni...

    BalasPadam
  7. mintak maap la... nak betulkan fakta sejarah sikit, ramai yang tak prasan pon hal ni... felda ditubuhkan sejak zaman inggeris lagi cuma di tangan tun razak le felda berubah fungsi dan menjadi pembela kepada nasib orang melayu yang rata-ratanya miskin. jadi tun razak bukan le pengasas felda dan semoga Allah membalas sebesar-besar rahmat-Nya atas amal jariah yang telah dilakukan untuk ummat melayu kita ni

    BalasPadam
  8. salam pekenalan dari saya...
    lari dari topek...

    (heheheh...kan dah ada ubat untuk mengurangkan isap rokok itu, cubalah mesti nampak hasinya nnti.... : )

    BalasPadam
  9. Cemomoi..Tak pelah soal pengasas tu, cuma masyarakat Felda perlu terus mempunyai daya saing.

    Cavtus berduri..Salam perkenalan...terimakasih jadi sahabat..kita akan berbicara lagi.

    BalasPadam
  10. salam ziarah lg.

    Dah samapi belitong...awat tak jumpa hang..klu mai belitong lg bg taw..

    BalasPadam
  11. Salam Cemomoi..Boleh bantu tak siapa yang mengasaskan Felda sejak zaman Inggeris seperti saudara maklumkan tu..

    BalasPadam