Ahad, 29 Ogos 2010

ISLAMOFOBIA - KEBENCIAN TERHADAP MUSLIM.


Pembinaan masjid di Ground Zero Amerika Syarikat -Cabaran bagi Obama....



ORANG ramai berarak sebagai tanda protes pembinaan masjid di New York.

SEBUAH masjid baru yang bakal dibina di bandar raya New York, Amerika Syarikat (AS) menarik ratusan orang berdemonstrasi Ahad lalu dengan pihak pembangkang membawa papan tanda yang mengaitkan Islam dengan darah.

TERDAHULU PRESIDEN BARACK OBAMA telah menyatakan sokongannya terhadap pembinaan Pusat Islam itu..... 'Umat Islam memiliki hak yang sama dalam melaksanakan ibadah seperti orang lain di negara ini'. katanya.. TETAPI..Penunjuk perasaan yang berarak melaungkan..... "Tak ada masjid, tak mungkin!"

Papan tanda yang diangkat oleh berdozen penunjuk perasaan yang berdiri di belakang polis menulis 'SHARIA' menggunakan tulisan berwarna darah untuk menggambarkan undang-undang syariah Islam yang mengatur perilaku orang Islam.

Para pembangkang mendesak masjid itu dipindahkan ke lokasi yang lebih jauh dari tapak Ground Zero yang meragut nyawa lebih 2,700 ketika peristiwa 11 September 2001.

"Mereka patut membinanya di Asia Barat," kata Ayling.

TERNYATA PERISTIWA 11 SEPTEMBER DI TAPAK GROUND ZERO menghantui penentang-penentang tersebut.....

Satu kumpulan yang membentangkan banting dengan imej memukul, merejam dan lain-lain penyeksaan yang mereka dakwa dilakukan oleh mereka yang mengikut undang-undang Islam.

Gambar seorang lelaki memakai kopiah, pakaian tradisi Arab dipasang pada salah satu dua mok peluru berpandu merupakan sebahagian tindakan antimasjid tersebut.....

Terdengar jeritan 'Obama: Dengan nama tengah Hussien. Kami Faham. Bloomberg: Apa Alasan anda?..bermaksud Obama dari keturunan Islam, pasti membela Islam....sedangkan Datuk Bandar New York bukan Islam...

Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg mempertahankan rancangan pembinaan masjid berkata, hak untuk mengamalkan agama merupakan sebab utama AS ditubuhkan.

Kalangan Muslim dan penyokong pembinaan Masjid itu berkata ' Muslim turut terkorban ketika peristiwa 11 September itu dan mereka yang menentang pembinaan masjid itu sebagai tidak bersifat AS'. "Mereka mengajar anak-anak mereka mengenai kebebasan beragama di AS tetapi mereka tidak mengamalkan apa yang mereka sampaikan," Apapun Obama bakal memghadapi cabaran besar dalam mempertahankan dasar AS dan kepentingan Islam di negara polis dunia itu.....

ADAKAH TARIKH 11 SEPTEMBER bakal menyaksikan peristiwa berdarah dikala umat Islam menyambut Hari Raya di AS........ Obama perlu bersiap-sedia.......




4 ulasan:

  1. tipu daya golongan yahudi untuk memusnahkan agama kita sungguh licik.semoga Allah pelihara kita dari golongan ini.

    BalasPadam
  2. Salam.
    Negara amerika itu adalah sebenarnya negara Yahudi yang cukup benci pada Islam. Semoga tiada apa yang berlaku kepada saudara seIslam kita di sana.

    BalasPadam
  3. pengaruh yahudi memang kuat disana sehinggakan kaum kulit putih sendiri tidak menyedarinya.

    BalasPadam
  4. Alhamdullilah.walaupun apa niat tersirat tuan presiden.kita alukan pembinaan masjid tersebut.lahirnya masjid di tengah2 kebencian yg di semarakkan oleh ADL (anti defamation league)pelobi yahudi as.mereka ingat mereka boleh memadamkan cahaya Allah.terbukti Islam agama yg paling berkembang di benua eropah dan amerika sendiri.mereka takut pd bayangan ciptaan mereka sendiri.semoga semua pejuang Islam di seluruh dunia terus istiqomah dgn tribulasi yg muncul

    BalasPadam