Rabu, 18 Ogos 2010

MARI BERTEKA-TEKI.


Hari ini aku nak beri TEKA-TEKI 3 SERANGKAI sempena Ramadhan....Ianya berbunyi begini... Teka-teki 1, Dalam sebuah sungai ada 3 ekor buaya sedang kelaparan....Tiba-tiba ada 3 ekor babi hendak melintas sungai itu.Babi pertama tanpa berlengah masa terjun..buaya pertama pun tanpa tunggu tangkap dan makan babi itu.Kemudian babi kedua pun terjun untuk menyeberang, malangnya ia juga dimakan oleh buaya kedua pula. Tanpa teragak-agak babi ke3 juga terjun,,tapi buaya ketiga tak tangkap pun babi itu....KENAPA AGAKNYA? Teka-teki 2, Esoknya... Tiga ekor kancil hendak melintas sungai tersebut.Kancil pertama terjun dan ditangkap oleh buaya pertama.Begitu juga kancil kedua terjun dan ditangkap lalu dimakan oleh buaya kedua.Apabila kancil ketiga terjun ia ditangkap oleh buaya ketiga tapi tidak dimakan lagi(disimpan)......KENAPA PULA AGAKNYA? Teka-teki 3, Sampailah Suatu Ketika... Ketiga-tiga ekor buaya perlu melintas satu titi....Buaya pertama melintas dengan gagahnya tapi terkandas dan jatuh ke gaung.Buaya kedua pun berbuat demikian tetapi senasib dengan buaya pertama.Buaya ketiga turut meniti,perlahan-lahan akhirnya BERJAYA?...KENAPA BOLEH BERJAYA dan DI MANA TITI ITU BERADA? JAWAB jangan tak JAWAB....! untuk suka-suka saja..hadiah lumayan juga melencong keluar negara (RM..T.S) JAWAPAN SEBENAR AKAN DISIARKAN 48 JAM DARI SEKARANG....

3 ulasan:

  1. 1.sbb buaya tu islam..tak mkn bab1..
    2.sbb kete kancil kowt..
    3.buaya tu naek kete td..

    agaknye la,..

    BalasPadam
  2. salam mr. udang
    teka aku pasal
    si buaya ke3 tuh puasa kot.. huhuhuu =)

    BalasPadam
  3. JAWAPAN TEKA-TEKI..

    Teka-teki 1..Sebab buaya tu Islam..Tak makan babi.

    2..Sebab buaya Islam tu puasa, jadi dia tangkap kancil untuk simpan waktu berbuka.

    3..Titi itu ialah Titian Siratulmustaqim.Ketiga-tiga buaya sedang berada diakhirat.Buaya Islam itu berjaya ke Surga...

    Sekian..adanya.

    BalasPadam