Jumaat, 20 Ogos 2010

MESYUARAT TIKUS-TIKUS siri 2



BEBERAPA WAKTU BERLALU...Ketua tikus semakin bimbang kerana semakin ramai anak buahnya menjadi mangsa kucing durjana....

Entah-entah silap haribulan aku pun akan menjadi mangsa, tak berKETUA lah tikus-tikus disini.Tak ada yang layak menggantikan aku...kata hatinya. Ini tak boleh jadi, aku mesti memanggil mesyuarat sekali lagi..kali ini keputusan mesti dicapai..rasanya cadangan menggantung loceng dileher kucing keparat itu
memang bagus...tapi siapa yang berani melaksanakan...fikirnya.

TANPA berlengah Ketua tikus pun memanggil mesyuarat untuk kali ke 2...

Sampailah masa dan ketikanya, berhimpunlah tikus-tikus di kawasan itu...untuk bermesyuarat.

DENGAN nada begitu terharu dan bersemangat Ketua tikus pun berkata;
Hari ini kita kena capai keputusan kerana saya begitu sedih semakin ramai keluarga kita menjadi mangsa si Celaka itu.Cadangan menggantung loceng dileher si Jahanam itu sebenarnya sangat baik..jika kita berjaya semua kita akan selamat, jadi kita perlukan seorang pahlawan yang berani...siapa antara kamu yang bakal menjadi Pahlawan itu?

Semua tikus-tikus mendiamkan diri.... Setelah melihat tiada seekor pun anak buahnya yang berani menawarkan diri Ketua tikus pun berkata: 'Kalau begitu kita kena cadangkan siapa bakal pahlawan itu...silalah...

Tikus kecil pun bangun berkata, " Aku cadangkan Ketua kita....................' lalu disambut dengan sokongan sebulat suara tikus-tikus yang hadir....'SOKONG...SOKONG...!

KEMUDIAN semua mata tertumpu kepada Ketua tikus.....Mukanya dah pucat lesi dan terpercik peluh jantan didahinya.....
Dengan terketar-ketar ia berkata..' EER..ERR..SE..SE....SE ..benornya a..aku dah tua , uzur pulak tu dan perlu mengundur diri sebagai ketua..kamu semua kenalah lantik ketua baru..katanya sambil berlalu dari situ...

SEMUA TIKUS-TIKUS BERPANDANGAN SESAMA SENDIRI dan..... Mesyuarat berakhir lagi tanpa sebarang keputusan.

2 ulasan:

  1. inilah yang ditunggu2 tapi ada sambungan lagi....la..manalah ketua tikus tu berani dia ketua mesyuarat aje..cadangan itu pun cadangan yang tidak berpijak dibumi yang nyata...

    BalasPadam
  2. hahaini namanya pemimpin yg pentingkan diri..

    BalasPadam