Rabu, 25 Ogos 2010

NEGARA ISLAM DAN HUDUD PAS .... ADAKAH DAP AKAN KELUAR PAKATAN? .



ADAKAH DAP AKAN TUNDUK DENGAN KETEGASAN PAS...?

"Dan selagi hudud dan penubuhan negara Islam menjadi satu momokan untuk DAP manakala PAS pula menentang negara sekular, maka kedua-dua mereka akan bertelagah sehingga hari kiamat, maka BN dan Umno akan terus menguasai negara ini dan kita boleh lupakan hasrat mengambil-alih kerajaan persekutuan.” Dr. Dzulkifly Ahmad......sumber Malaysiakini.

Sejarah mungkin berulang?

Pada 2001, DAP meninggalkan Barisan Alternatif secara tergesa-gesa apabila PAS berkeras mempertahankan bahawa parti itu akan menubuhkan negara Islam yang berpaksikan undang-undang Islam dan hukum hudud jika berkuasa.

Kata Dr. Dzulkefly Ahmad lagi.....

Sekiranya perbalahan umum itu berterusan, maka sejarah akan berulang yang menyaksikan pakatan pembangkang menumbangkan sesama mereka
Beliau menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya menghentikan perbalahan mengenai ura-ura hukum hudud akan dilaksanakan jika mereka membentuk kerajaan persekutuan.

JELAS SEKALI KEPIMPINAN PAS TIDAK BERSETUJU SARANAN NIK AZIZ, inikan pula DAP....Karpal dah bersedia mayatnya dilangkah kalau konsep negara Islam ala-Pas hendak dilaksanakan.....

DAP merasakan mereka kuat tanpa PAS ..Itu yang berlaku PRU 2001 bila mereka meninggalkan Barisan Alternatif.

Dalam PRK Sibu...DAP pernah dicabar oleh SUPP.....

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang mengambil pendirian tegas berhubung isu itu dan sebaliknya mencabar DAP sama ada sama ada parti itu menyokong negara Islam seperti yang dibawa rakannya PAS.
"Ini merupakan cabaran kami kepada DAP. Mereka asyik bercakap mengenai perubahan. Kami mahu mereka nyatakan sama ada mereka sokong sebuah negara Islam. "Kami mahu pemimpin DAP, jika mereka benar-benar serius bagi membawa masa depan yang lebih baik bagi Sarawak, mereka mesti umumkan bahawa mereka tidak mahu sebuah negara Islam ala PAS," kata ketua publisiti SUPP Sibu Daniel Ngieng pada sidang akhbar sempena pilihan raya kecil di Sibu

SEMENTARA ITU NIK AZIZ MEMPERTAHANKAN PENDAPAT KARPAL ITU SEBAGAI PANDANGAN PERIBADI......

"Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti,"
Paling jelas pemimpin lain dalam PAS dan PKR mula membantah saranan Tok Guru......Kenapa mereka tak hormat kat Tok Guru lagi demi takut kehilangan DAP......?

MUNGKIN NIK AZIZ TAK TAKUT KEHILANGAN DAP.....!

3 ulasan:

  1. Semoga kecintaan dunia kita dapat diatasi kecintaan akhirat.

    BalasPadam
  2. salam ziarah saudara di bln penuh keberkatan.moga thn ini lbh baik dr thn sebelumnya.
    sekadar perkongsian-kenapa kita sibuk ttg Dap yg mahu @ tidak mahu menerima negara islam @ hudud?apa yg sy kesalkan umat islam sendiri yg tidak mahu menerima hudud.sedangkan hudud hukum Allah.walaupun ianya masalah kecil pd sesetengah pihak.ttp masuklah islam secara keseluruhan.ayat ttg puasa dan zakat diikuti.ayat ttg hudud dan qisas ditolak.kelantan dan terengganu pernah mahu melaksanakan hukum islam ttp ditolak diperingkat federal (persekutuan).
    umno dan pas boleh bersatu jika Islam menjadi tonggak.bkn hanya kerana kita melayu beragama islam ttp orientasi agama berbeza.

    BalasPadam
  3. AK...INSYAALLAH.

    Pacifist...Salam perkenalan..setuju umat Islam perlu bersatu..UMNO dan PAS kena cari jalan untuk bersatu demi kebaikan Umat Islam,melayu dan tanahair tercinta...

    BalasPadam