Rabu, 25 Ogos 2010




TENGAH SERONOK CERITA SEJARAH....Aku ketengahkan satu lagi lembaran sejarah di Rompin iaitu Bukit Ibam...

Bukit Ibam berasal dari sebuah kampung kecil jauh di pedalaman..kira-kira 125 km dari bandar Rompin.Sekitar 60an penempatan ini menjadi maju dilengkapi dengan pelbagai prasarana...



Kalau anda sampai ke Bandar Rompin...Lihatlah kearah KOMPLEK PEJABAT DAERAH..Betul-betul dihadapannya ada sebuah kepala keretapi lama. Ianya ialah sejarah kepunyaan Syarikat RompinCo. terlibat bermulanya sejarah Bukit Ibam..


Ceritanya bermula apabila seorang Asli bernama Leman menemui sejenis batu logam yang akhirnya setelah dibuat penyelidikan ianya ialah bijih besi.Bermula dari situ sebuah syarikat Inggeris, Eastern Mining & Mineral Company(EMCO) membangunkan lombong bijih besi disitu.


Olehkerana jarak ke pelabuhan kecil di Kampung Pantai Bernas begitu jauh untuk menghantar bijih,jalan keretapi dibina oleh Syarikat Rompin Mining Company/ROMPINCO.Sebelumnya perhubungan ke sana adalah melalui sungai Rompin ke Kampung Aur dan jalan darat ke Bukit Ibam sejauh 18 km. Menurut ceritanya, dahulu jika bersampan dari Aur ke Rompin memakan masa selama 2 minggu.


Semasa pembinaan jalan keretapi, jurutera syarikat itu bernama Fittsburg membaca buku bertajuk ' I Bought A Mountain'... maka nama IBAM diambil dari huruf-huruf awal buku berkenaan.


Kini Bukit Ibam tinggal kembali sebagai sebuah perkampungan,yang ada di sana sebuah tasik bekas lombong yang dipanggil 'Tasik Biru'. Uniknya tiada kehidupan dalam tasik itu.Menurut ceritanya apabila lombong ditutup semua peralatan besi termasuk jentera yang tak berguna dihumban kedalam tasik itu..oleh kerana itu airnya sentiasa biru tetapi tiada seekor ikan pun hidup didalamnya....sumber;SKIbam/pej.Daerah

5 ulasan:

  1. Terima Kasih....Kesan peninggalan Rompin Co masih dapat kita saksikan di Kompleks Pentadbiran Daerah dan Tanah Rompin...

    BalasPadam
  2. Sejarah takan berulang tapi jadi kenangan untuk generasi mendatang.

    BalasPadam
  3. ESS...Kini Ibam mempunyai lombong emas pula..

    BalasPadam
  4. ni lah tempat aku jatuh bangun,,,,,segala cerok aku dah masuk,,tasik biru ni tempat aku lepak tenangkan fikiran,skbi in my memories,16 tahun aku kat sini

    BalasPadam