Sabtu, 10 Julai 2010

KPF - FELDA TIDAK BANKRUP



PARA Peneroka FELDA BAKAL MERAIKAN KEGEMBIRAAN bila hasil pelaburan mereka dalam Koperasi Permodalan Felda(KPF) bakal dibayar sedikit masa lagi.

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 29 KPF pada 24Jun lalu bersetuju membayar 10%
dividen dan 4% bonus secara tunai.Mesyuarat yang dihadiri oleh 1040 perwakilan di Dewan Perdana Felda itu membuat keputusan berdasarkan keuntungan KPF yang meningkat 40.26% berbanding 2008 kepada 328.72 juta, tertinggi sejak 30 tahun.

Tidak ada institusi kewangan yang dapat membayar dividen dan bonus sehingga 14% seperti KPF kecuali Bank Rakyat yang pernah menghampiri angka itu.

KPF mempunyai ekuiti dalam Kumpulan Felda sejumlah 319.09 unit, kos pelaburannya 353.6 juta dalam 11 buah syarikat kumpulan Felda itu. Kini pelaburan telah mencecah 2 bilion. Jumlah syer yang dimiliki oleh peneroka dan keluarga 1.04 bilion daripada keseleruhan 1.41 bilion.

JADI... tiada asas menuduh FELDA Bankrup KALAU kita lihat prestasi KPF yang boleh menggambarkan kekuatan institusi FELDA. Hanya mereka yang boleh dipesongkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan sendiri demi agenda mereka akan mempercayai tuduhan tersebut.Sedangkan majoriti peneroka Felda lebih arif tentang apa yang mereka miliki dan hasil dari kemajuan tanah rancangan.

Dulu pelbagai jenama yang diberi kepada FELDA (LKTP) ...... ADA YANG GELAR = LANGKAH KERAJAAN TIPU PENDUDUK/ LAGAK KAYA TAPI PAPA/ LEMBU KERAJAAN TAHAN PANAS.... tak kurang juga para peneroka awal yang tak tahan dan meninggalkan tanah bertuah ini tapi bagi mereka yang sabar hari ini menikmati hasil dari kesabaran mereka termasuklah keluarga MAZLAN ALIMAN....nak khabor kat deme.

Tiada sebab FELDA dikatakan bankrup, adapun kekurangan simpanan yang berlaku adalah disebabkan banyak pelaburan FELDA yang belum mendapat pulangan.

KPF adalah kekuatan FELDA , ramai orang diluar sana bertanya ' BOLEHKAH MEREKA MELABUR DALAM KPF?'.................

2 ulasan:

  1. KPF bayar dividen 14% tahun kewangan 2009, macam mana dengan syer sebahagian para peneroka dalam KOHILAL ? pokok pun tarak, bunga pun ada terbang... itulah kebijaksanaan hampAS ...

    BalasPadam
  2. Bukankah ini yang terbaik buat peneroka felda. Kekalkan jalinan bersama agar hasil kemajuan dapat dikecapi Peneroka.

    BalasPadam