Sabtu, 6 November 2010

Akibat Membebel...

SEBUAH Kisah ingin ku kongsikan bersama rakan-rakan.....

Dalam sebuah kampung ada sebuah rumah tinggalnya sepasang suami-isteri.Sang suami sangat menyayangi isterinya tetapi sayangnya siisteri sangat kuat berleter..
Sehingga pada suatu hari sang suami tak dapat bertahan lagi dengan leteran isterinya, lalu didukung isterinya itu dan disumbatkan ke dalam perigi buta dibelakang rumah..
Keesokkan harinya sang suami teringat akan isterinya..terasa rindu dan menyesal menyumbat isterinya kedalam perigi buta...pasti isteriku lapar dan dahaga..katanya.
Lalu sang suami mengambil seutas tali yang panjang...dihulurkan ke dalam perigi buta tersebut...sebentar kemudian terasa tali itu ditarik,apalagi sang suami pun menarik kembali tali tersebut tapi terasa begitu berat..Hai kenapa berat sangat ! ujarnya tapi terus ditarik sedikit demi sedikit hingga akhirnya muncullah seekor jin...
Lelaki itu begitu terperanjat dan ingin lari...tetapi jin itu terus berkata...terimakasihlah tuan kerana selamatkan aku..dah 100 tahun aku tinggal dalam perigi ini tanpa gangguan tetapi sejak semalam aku tak tahan ada seorang perempuan KUAT BERLETER datang pulakkkkk.....


BEGITULAH ADANYA.....


LONDON: Satu kajian terbaru mendapati isteri tidak merasa bersalah berleter terhadap suami mereka manakala si suami secara rahsia merasakan bahawa mereka sentiasa betul.

Golongan isteri juga dianggarkan menghabiskan kira-kira 7,920 minit setahun untuk berleter kepada suaminya mengenai rutin rumah tangga, tabiat dan kesihatan mereka. Ia bersamaan dengan dua jam setengah setiap minggu atau keseluruhan 11 jam sebulan atau hampir enam hari setahun.


Kajian tersebut dijalankan terhadap lebih 3,000 orang oleh kumpulan kempen kesihatan Everyman.


Info yg baik untuk para wanita..
lelaki suka pada perempuan yg selalu ambik berat..
jangan terlalu cakap banyak (berleter).. 

4 ulasan:

  1. Haha, banyak cakap pun susah, tak cakap apa pun susah. Tapi kalau pasal membebel ni, walaupun nama dekat-dekat sama, tapi tak suka sangat nak membebel, malahan rimas kalau dengar orang lain membebel, rasa nak cabut cepat-cepat je...hehe

    BalasPadam
  2. Zezebel...Yang bagi nama tu suka membebel ke?..gurau je..

    BalasPadam
  3. bro.. dapat yg tak membebel pon risau gak.. macam tak normal je!!! hahaha.. sunyi sokmo!!!

    BalasPadam
  4. Ada juga suami yang suka isteri membebel...tapi kalau yang biasa membebel tetiba senyap je ..ada yang tak kena lah tu...

    BalasPadam