Isnin, 1 November 2010

Berapa banyak alasan daaah...!

Peratusan keluar mengundi hanya 9 peratus  dan kontroversi keputusan terkini Pemilihan PKR 2010  selepas 68 cabang menjalankan proses pengundian 29, 30 dan 31 Oktober menyerlahkan kelemahan PKR .

Alasan Saifuddin......bola perlawanan akhir,PRK Galas dan Suara Keadilan di gantung jadi tidak dapat mewar-warkan proses pemilihan..


kah..kah..kah.. memang lawak si Saifudin ni.. Betul ke 9 peratus atau ahli PKR memang ada banyak tu aje...
Begitu juga ...adakah ahli PKR tiada semangat juang sampai sanggup meninggalkan pemilihan parti demi kerana bola...yang buat pemilihan semasa live bola tu apasal..?
Lebih lucu lagi bila dia kata kerana Suara KEADILAN DIGANTUNG maka proses pemilihan tak diketahui oleh ahli...HAI Zaman serba canggih ni PKR ketinggalan ke? apakah e-mail,sms dan pelbagai informasi terkini tak diketahui oleh ahlinya..?sedangkan kalau nak berdemo  satu negara boleh dihebahkan....


Begini pula keputusan pengundian yang diperoleh dari laman web PKR sekitar 10.00 pagi menunjukkan Azmin mendapat 3,051 undi. Ketika itu, Zaid mendapat 3,683 undi manakala Mustaffa pula 1,241 undi.30 undi1,271 undi.  Kira-kira setengah jam selepas keputusan itu disiarkan, jumlah undi diperoleh Mustaffa meningkat menjadikan jumlah keseluruhan yang diperolehinya ialah


Nampaknya data yang dikeluarkan berubah-ubah...apahal ni Saifudin oii..! Selama ini PKR sering menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jika berlaku sebarang kesilapan atau kekeliruan terutamanya dalam masalah teknikal seperti ini.

Alasannya ialah"Kesilapan itu dipercayai berlaku ketika proses memasuk data ke laman web berkenaan dan pihak parti sedang memperbetulkannya", Hai ...kalau kerap sangat tersalah masuk data ni...boleh ke ahli PKR percaya...sedangkan Nurul Izzah yang awalnya tak layak, pun jadi layak bertanding Naib Presiden....

Seakan-akan  wujud ketidak telusan dalam hal-hal teknikal yang boleh memberi gambaran negatif ahli kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR. Apakah sistem "satu ahli satu undi" yang diperkenalkan  bakal mengundang jembalang seperti kata Hishamudin Rais. Kita risau, keputusan keseluruhan juga akan berlaku masalah teknikal seperti ini. Bayangkan baru 68 cabang, parti sudah membuktikan kelemahan yang cukup ketara bagaimana dengan keputusan keseluruhan nanti. Apakah ini namanya agenda perubahan yang menjadi LAUNGAN PKR?.sumber mkini&phgdaily.


ADA SESUATU YANG TAK KENA NAMPAKNYA...?



2 ulasan:

  1. angka sebenarnya mungkin kurang dari 9%.nak cover line lah tu...

    BalasPadam
  2. Saya tak faham kenapa mereka musuhi utusan.


    Kalu saya dtempat saifudin, saya akan kerjasama dengan utusan. kenapa masih bergantung pada suara keadilan.

    Saya akan letak iklan pasal pemilihan PKR dalam Utusan. Bukan semua geng PKR ni orang bandar. Orang kampung pun ramai dalam PKR ni. Jadi kelebihan utusan sebaran dia meluas.

    Skrg nk salahkan orang lain. Ikut suka dia, tak ambik peluang.

    BalasPadam