Jumaat, 8 Oktober 2010

Benarkah Malaysia Model Masyarakat Majmuk?

Islam diutuskan ke alam semesta ini untuk membentuk umat manusia yang bersatu padu, bertoleransi dan saling berganding bahu meneruskan kehidupan ke arah kesejahteraan dan keamanan sejagat. Oleh sebab itulah salah satu misi utama Rasulullah sebaik sahaja baginda menjejakkan kaki di Madinah ialah mempersaudarakan golongan Ansar di Madinah dengan golongan Muhajirin dari Makkah yang amat memerlukan perlindungan dan bantuan setelah mereka berhijrah ke sana dalam keadaan sehelai sepinggang.

 

Malaysia model masyarakat majmuk - Mufti Syria

PUTRAJAYA 7 Okt. - Mufti Syria, Sheikh Ahmad Badr al-Deen Hassaoun memuji kejayaan pemimpin kerajaan dalam menyatupadukan masyarakat majmuk di negara ini.
Sambil menyifatkannya sebagai 'bunga-bunga yang berkembang di dalam taman', beliau meletakkan harapan supaya Malaysia menjadi barisan hadapan dalam membangunkan budaya, teknologi dan ekonomi negara Islam.
''Malaysia adalah model dalam pembangunan sesebuah negara dan diterajui kepimpinan yang baik.
''Malah, segala idea dan suara yang dilontarkan oleh Perdana Menteri Malaysia semasa mengadiri persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu lepas boleh dianggap mewakili suara seluruh Asia Barat," kata beliau.


ELOKlah kita berpaling kepada realiti kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban.


Dr. Chandra Muzaffar (1996) dalam tulisannya berhubung dengan sikap akomodatif dan penerimaan komuniti non-Muslim dalam arena politik Malaysia membincangkan panjang lebar bagaimana agama Islam telah memainkan peranan penting mewujudkan sikap toleransi tinggi di negara kita.
Sehingga kini negara kita Malaysia telah mempamerkan kepada dunia bahawa masyarakat majmuk boleh hidup bersama secara harmoni. Sikap toleran yang dianjur dalam ajaran Islam dimanifestasi oleh orang-orang Islam di Malaysia sehingga kata Dr. Chandra: "... as a people, Malays often evince certain attitudes associated with aspects of Quranic universalism: One should not be unjust to non-Malays and non-Muslims, one should recognise that they are human beings."
 
Kejayaan Malaysia mempertahankan keharmonian pelbagai kaum banyak bergantung kepada suntikan ajaran Islam yang memberi jawapan untuk hidup harmoni di kalangan pelbagai kaum. 

Dalam konteks ini Allah berfirman yang maksudnya: Wahai manusia, sesungguhnya Kami mencipta kamu dari lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar. (al-Quran 49: 13)

PERSOALANNYA ...Apakah yang diperkatakan oleh Mufti Syria itu 100 peratus berlaku dikalangan masyarakat majmuk negara kita.Dengan senario politik yang begitu membusuk dikalangan orang Islam sendiri.Begitu nyata dan jelas kalangan politikus Muslim sendiri cuba membawa kemusnahan susunan masyarakat majmuk Malaysia, bukannya menjadi contoh seperti yang diperkenalkan oleh Rasulullah SAW.



3 ulasan:

  1. Ada kebenarannya........ tetapi dek kerana sikap sesetengah pemimpin Melayu yang terlalu kemaruk akan kuasa, mereka telah menjadikan masyarakat majmuk yang begitu tenteram telah berkecamuk...

    Walau pun Melayu-Bumiputera adalah peribumi, tetapi mereka juga terlalu toleransi serta menghurmati masyarakat non Bumiputera yang telah diiktiraf kewarnegaraan mereka, malah mereka bebas beragama, berbudaya mengikut asal keturunan mereka dan mereka juga bebas bersama-sama mencari kekayaan, pendidikan tinggi sama macam masyarakat Melayu-Bumiputera yang mana kalau kita lihat mereka tidak akan perolehi kalau berada di negara asal nenek noyang mereka..... itulah Malaysia....

    BalasPadam
  2. Kebenaran itu memang ada tetapi kebenaran disebalik keamanan itu lebih memeritkan!!

    BalasPadam
  3. YG..benar kita masyarakat majmuk tapi jangan sampai berkecamuk.
    Pacat..mengekalkan kedamaian setelah merdeka dan maju satu tugas yang amat berat.

    BalasPadam